Dilemma Internet Marketer

Ehm, hari yang cerah dan membawa sesuatu yang bermakna. Adakah kita perlu sentiasa ceria setiap hari? Ya, itu perlu jika anda memerlukan sesuatu. Sori ye, aku memang suka merepek walaupun aku tahu ramai yang tak baca blog aku nih. Hehe. Biasala, ini khas blog untuk merepek yang bukan-bukan..

Target untuk bulan ini semakin hampir untuk projek baby aku yang pertama tahun ni. Hampir mencecah RM1500. Bolehlah untuk first try dan aku harap aku boleh buat sesuatu dengan projek seterusnya bulan hadapan. Walaupun aku sudah hampir apa yg aku nak dari projek baby nih, tak biasala. Aku hendak lebih dari pada yang aku harapkan. Jika anda internet marketer yang tegar, pastikan anda mampu mencapai lebih daripada apa yang kita rancang!

Ok. Kerja untuk 2-3 hari ini bercelaru. Mengapa? Internet macam down je. Perasan tak korang susah sikit nak masuk website yang base dia dri US atau dalam erti kata lain dari luar negara. Even forum wangcyber pun susah woo mahu masuk! Kalau site atau blog korang base putrajaya atau mana2 dari Malaysia. Memang korang leh masuk, termasuklah blog silent dot com nih! Mungkin sebab hari ini cuti kot??

OKlah, hari ini aku nak bayar PTPTN dan duit kelisa. Ini antara matlamat aku dalam tahun ini. Harapa hutang PTPTN aku boleh habis dalam tahun ini juga dan keta kelisa aku akan habis dalam 2 tahun ini. Lepas itu, perancangan untuk sambar rumah pulak! Bini? Itu lain kali aku cite. Memang dah masuk dalam perancangan 5 tahun ini.

27 tahun. Adakah ianya umur yang layak untuk mencapai RM1 juta? Itulah target aku sekarang dan aku harap aku berjaya mencapainya! Apapun, all the best for me. I believe i can do that!

Ps: Apakah perancangan korang 5 tahun akan datang?

Popularity: 7% [?]