Rindu!

Ehm. Connection internet problem lagi. Aku tak dapat masuk beberapa laman utama yang khususnya base diorang dari US atau luar malaysia. Hanya blog-blog dan site yang menggunakan webhosting di putrajaya sahaja berjaya dicapai termasuklah webhosting yang aku gunakan sekarang. Netkl.com. Antara yang terbaik pernah aku cuba dan sesungguhnya aku cukup suka!

Hari ini aku cukup risau dengan sesuatu ditambah pulak komisen payloadz masih tak masuk-masuk lagi. Mungkin petang ni atau malam nanti baru masauk berdasarkan firasat kasar sebab diorang down dekat 30 jam haritu. So, kalau kira-kira balik, mungkin malam nih atau memang diorang tanak bayar sewa langsung? Hoho..lantaklah. Kita tengok apa yang bakal jadi seterusnya. Pastinya warga Wangcyber dan Nogold akan mencanak-canak risau. Hehe. TUnggu sahaja bah, kalau ada rezeki. Insya-Allah depa bayar kita. JIka tak ada, terpakselah usaha program lain. Ok. Dah lari sangat dengan tajuk nih. Hehe..

Semalam adalah hari yang memeningkan aku. Pernah tak korang rasa rindu gila pada seseorang? Terutamanya pada orang yang korang sayang atau seseorang yang memang korang tak dapat lupakan? Pernah bukan? Itulah yang dialami oleh diri aku nih. Aku dah cuba lupakan dia, aku dah cuba buat apa sahaja untuk kembali kepada normal. Tapi aku tak mampu. Aku dah cuba dan aku berserah sahaja sekarang. Aku perlu buat sesuatu dan jika tidak aku pasti akan dihantui oleh perasaan bersalah ini. Aku tahu ini tidak adil untuk orang lain terutamanya pada gadis-gadis yang menaruh hati. Tapi aku tidak berdaya lagi..

So, pada pendapat korang. Apa patut aku buat? Cara bagaimana yang sesuai untuk aku atau perlukah aku mencari dia yang entah kat mana aku tak tahu kedudukannnya dari segi latitud atau longtitud. Bearing dan darjah kemiringannya juga sudah sukar untuk aku tetapkan. Perlukah aku mencari darjah keporosan dan juga menggunakan hukum Charles atau Hukum Tujahan? Mestikah aku berbuat demikian? Ahh..aku tak pasti! Yang aku pasti, aku merinduinya sekarang!

So, jika korang dikedudukan aku sekarang. Bisakah korang teruskan kehidupan? Sesungguhnya hari sabtu dan ahad ini aku mahu berehat untuk tidak menggagalkan projek-projek aku. Jika tidak, fulus tak masuk. Kalau tak masuk, camana nak bayar streamyx, PTPTN, kelisa dan bil-bil yang lain? Aku ada 4 domain dan 3 webhosting yang perlu dibayar setiap tahun. Keseluruhannya RM400 setahun. So, aku tak leh main-main..

Ps: Baru je pulang dari majlis tahlil. OPen case sebab pakcik aku punye bapak mertua meninggal. Sempat juga aku follow solat jenazah. Lama betul aku tak buat. Seingat aku, 5 tahun lepas. Itupun aku tak ingat. Sampai atuk aku punye solat jenazah pun aku tak sempat buat. Sebab aku tengah exam kat sabah. Parents aku tak bagitau pun masa tu. Takut aku balik dan tak leh fokus masa exam. Wuu. Tak sempat aku cium atuk aku buat kali terakhir.

Pss: Sesungguhnya aku rindu masa atuk aku kupaskan jagung panas untuk aku masa aku kecik dulu..

Popularity: 15% [?]