Hari ini aku baru dapat online. Agak sibuk sikit. Melawat ke beberapa blog yang memang akan jadi target untuk jadi santapan rohani, motivasi dan port2 buat duit. Sekali aku terpandang satu blog yang sudah lama aku tak lepak. Teringat waktu awal-awal dulu. Ramai sudah orang baru kat blog tuh. Hehe..
Tak dinafikan Blog Earncent kian jadi popular disebabkan Mawi Titan bijak memanipulasikan setiap artikel-artikel yang beliau bawak di dalam blog buat duit beliau. Ternyata ramai budak baru yang rajin memberi ulasan dan komen yang bernas. Hehe, dulu aku rajin jugak join comment contest dan leo contest yang dianjurkan oleh pihak earncent, tetapi kerana kekangan masa, aku gagal untuk menyaingi commentor lain yang lebih berwibawa..
PAsal blog. Aku rasa memang dah kemas. Lawa, kiut, comel dan senang nak baca. Susunan banner diatas, sidebar dan bahagian komen memang berjaya tarik perhatian ramai orang klik sana dan klik sini. Belum lagi yang gila komen cam farah, emme, fatah dan lelain. Mereka cukup hebat dalam berkarya dalam segi memberi komen yang pantas.

Cuma satu, jika ada antara pengunjung yang datang ke blog beliau dan pengunjung itu menggunakan dial up. Memang sangkut la. Lama nak tunggu baru leh clear semua banner dan perkataan keluar. INi terjadi ketika aku balik kampung dan try masuk blog titan dengan connection dial up. Kalau aku pakai 3G pun, kalau signal ciput, memang lembab gak. So, kepada pengguna broadband yg pantas dan streamyx, blog titan sangat best untuk ditontoni.
Part lain, titan banyak ajar aku secara personal untuk buat duit. Memang ada harganya dan dengan jumlah tu, aku dapat gak banyak. Antaranya dari adsense, bidvertiser dan juga paid to blog cam payperpost dan reviewme dan memacam lagi. Kiranya cam anak murid titan gak la walaupun aku lagi tua dari mamat tu. Lagi satu, dia hutang aku neslo ais dengan nasi lemak untuk 1 minggu. BIla mau setel haa??
Itu aje komen dan kutukan aku. Lagi satu, bila mau kuar e-book baru? Aritu bilang mau kuar kan?kan? Hehe, apapun. Terima kasih kepada semua hadiah-hadiah yang aku menang dulu. Terima kasih gak sebab selalu beli post aku nih dan juga selalu bagi nasihat. Aku takde benda nak kutuk mamat ni, cuma nasihat aku. Kalau duit dah cukup, cepat-cepatlah kawin. Ko tu bukan budak lagi. Better ko ikut langkah si mawi nih..
Untuk pengetahuan korang, titan pernah botak dulu. Pernah bayangkan macam mana titan botak? Korang leh tengok satu contoh kat sini aa. Camtu kot la. Amek ko aku kutuk nih..
Ps: Cukuplah itu saja serangan maya dari aku ni. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Apapun, semua produk dan edisi siasat yang titan buat, aku sokong dan semoga titan akan lebih berusaha untuk buat edisi siasat dan pembongkaran tentang cara buat duit dengan lebih banyak lagi!
Popularity: 54% [?]
Pingback: Earncent Review Contest DiLancarkan - Page 2 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
waa. what a wonderful comment and crazy critics from you silentleo!
Anyway, its nice one and hope you also will win for that review contest at that blog. all the best. long time not see you play around like before.
hoho..sini pun ada review jugak ke? bagus nih. Leh jadikan panduan..
hahaha…nama aku pun ada msk gak…tq2..
bkn titan je duk baca 20 kali post kau..
aku pun baca 20 kali gak ni..hahaha..
wah..awal betol ko siapkan post ni..
tercabar aku..hahahaha….
Pingback: Earncent Review Contest DiLancarkan - Page 3 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
hohoho kat sini pon ade review… bagus2..
Pingback: review news, edisi siasat, bedah siasat,marketing blog, cari duit online
Pingback: Keputusan Rasmi Pemenang Earncent Review Contest -- EarnCent.com
pakcik pon baru kenal dengan titan.. banyak gak bantu pakcik.. tak sangka boleh cari duit dengan blog nie.
Congratulation because you win this contest too.
aku kenal2 ayam dgn titan..