Petua Mendapat Gadis Impian

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : “Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”

Ustaz : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”

Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati… ”

Ustaz : “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ’3B. ‘B’yang pertama adalah ‘BERUSAHA’… apakah kamu sudah banyak berusaha?”

Pemuda : “Sudah terlalu banyak Ustaz… sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis..”

Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’.

Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang… saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis … ..”

Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”

Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”

Ustaz : “BERCERMIN!”

———
MORAL:

Jika hendak mendapat jodoh yang baik budi pekertinya, kita terlebih dahulu perlu menjadi manusia yang baik dan taat perintah Allah. Rupa paras bukanlah menjadi kriteria utama kerana kecantikan sebenar terletak pada budi pekerti yang baik.

Ps: Pegi je Giant atau Sogo. Mesti banyak cermin kan? kan?

Popularity: 14% [?]

This entry was posted in cinta, diari harian, funny, joke and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Petua Mendapat Gadis Impian

  1. tunepal says:

    ok. mari kita beli cermin sekarang yek! :wink:

    tunepals last blog post..I don’t know what is Asthma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>