Silentleo Dot Com

Jokes & Love | Silent Health

Lawak Gadis Jepun..

Hehe. Satu lagi video klop yang mampu wat aku gelak tanpa henti. Layannn!!

Ps: Kan? Aku dah cakap. Aku tak tipu punye. Sape cakap dia tak gelakk???

Popularity: 15% [?]

Tags: , , , , , ,

Bila Encik Ali dah Kantoi..

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.

Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

“Ye Dato’, ooo pasal project tu dato’, saya akan uruskan dato’, ala dato’ bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato’, lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato’…baik dato’… Oklah dato’…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato’….bye”

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

“Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik” tanya Ali.

Lelaki tu menjawab ” Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line?”

Ps: Macam ni punye orang pun ada kaa? Haha :D

Popularity: 11% [?]

Tags: , , , , ,

Ada sesuatu mula mengeras..

Ini satu lagi siri lawak yang aku tak tahan. Hehe.

Jadi, baca ajelah ek..

Pada suatu petang, tiga orang budak lelaki bermain sorok-sorok. Dua orang menyorok dan seorang lagi mencari kedua rakannya. Dua orang budak itu menyorok di belakang bilik air dan kebetulan ketika itu,
seorang gadis sedang mandi.

Secara tidak sengaja, dua orang budak itu, ternampak gadis yang sedang mandi tersebut. Beberapa minit kemudian seorang daripada budak itu menjerit dan lari lintang-pukang.

Setelah jauh dari tempat itu, kawannya bertanya, “Mengapa engkau lari?”

“Uuhh… mak aku pernah cakap kalau kita mengintai perempuan mandi, nanti kena sumpah jadi batu…”

“Masa aku tengok perempuan tu tadi, aku rasa ada sesuatu dah mula mengeras, aku rasa dah nak mula jadi batu, sebab tu aku lari…,” jawabnya lagi.

Ps: Yang ko gi lari apsal la budak? Menjerit plak tu. Kang kantoi. Satu kampung tau ko intai anak dara orang. Haha. Tapi ini satu lawak yang sangat menyengalkan..

Popularity: 9% [?]

Tags: , , , , ,

Kenapa anjing kencing angkat kaki sebelah..???

Pada zaman dahulu..(maybe sebelum masihi lagi kot..) anjing digunakan untuk pergi berperang.. ketika berprang.. salah seekor dari anjing tersebut nak kencing.. dalam keadaan terkepit2 kakinya menahan kencing.. dier pergi sebatang pokok.. dan melepaskan hajatnye.. tetiba2.. DHHOOOMMM…!~ pokok tersebut telah jatuh lalu menghempap anjing itu.. lalu tersadai la anjing itu kat bawah pokok tinggal nyawa2 ikan.. pada masa yang sama.. ada seekor anjing lagi nak kencing.. lalu anjing yang dihempap pokok tu panggil anjing yang nak kencing nih..

Dier cakap.. “tolong pesan kepada sume anjing2 kita.. kalau nak kencing.. angkat satu kaki.. tahan pokok… takut pokok tumbang..” huhuhu.. tu la sampai skang ni anjing ni dah terbiasa bila nak kencing je mesti angkat kaki sebelah.

Ps: Serius, aku sendiri baru tahu sebabnya. Patutlah anjing semua wat gerak langkah silat yang sama masa melepas hajat.. :D

Popularity: 8% [?]

Tags: , , , ,

10 Sebab Cuci Motor Lebih bagus dari Berkhalwat atau Mencuri

Hehe. Baca ajela. Aku jumpa kat forum mana ntah ni..

1.Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2.Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3.Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4.Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5.Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6.Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7.Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8.Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9.Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10.Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Popularity: 9% [?]

Tags: , , , , ,

Cerita 18 SX Si Atan..

Atan sikecil melihat kereta ayahnya melalui taman permainan dan
memasuki suatu belukar. Ingin tahu, dia ikut kereta itu dan lihat
Ayahnya dan Mak Cik Junaidah berpelukan mesra.
Atan sikecil mendapati ini suatu berita hangat dan tak sabar
merahsiakannya terus berlari balek kerumah memberitahu ibunya,

“Mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah.
Saya pergi dekat dan lihat Ayah betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah……..”

Ketika ini Maknya mencelah dan berkata,

“Atan, ini suatu cerita hebat dan panas, apakata simpan dulu untuk
dihabiskan masa kita makan malam ini. Mak nak tengok apa reaksi diwajah Ayahmu masa Atan bercerita nanti.”

Waktu makan malam, Ibu minta Atan memulakan ceritanya. Atan pun
memulakan
puisinya !.

“Mak mak, tadi saya ditaman permainan dan nampak kereta Ayah masuk
dalam belukar dengan Mak Cik Junaidah. Saya pergi dekat dan lihat Ayah
betul-betul cium Mak Cik, kemudian Ayah tolong bukakan bajunya. Lepas tu Mak Cik tolong buka seluar Ayah, lepas tu Mak Cik Junaidah dan Ayah buat sama macam Mak dan Pak Cik Osman selalu buat Masa Ayah kerja askar dahulu tu.”

Ps: Aku harap korang jangan amalkan benda ini. Tidak elok untuk rumah tangga korang. Tak berkat hidup. Kesian si atan tu kan..

Popularity: 16% [?]

Tags: , , , ,


Cheap Broadway Tickets
Women Entrepreneurs
Natural Appetite Suppression